My Best Buy FAMA beroperasi semula hari ini

Iklan
Abdul Rashid Bahri (kanan) mempromosikan nanas tempatan semasa program jualan My Best Buy FAMA. - Foto Bernama

KUALA LUMPUR - Program My Best Buy (MBB) anjuran Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) dibuka semula pada Jumaat selepas hampir tujuh bulan tidak beroperasi susulan perintah kawalan pergerakan (PKP).

Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) FAMA, Abdul Rashid Bahri berkata, pihaknya menerima banyak permintaan daripada petani dan penduduk kawasan sekitar supaya MBB dibuka.

Iklan
Iklan

"Mereka sudah tahu setiap hari Jumaat minggu terakhir setiap bulan, mesti FAMA akan buat jualan di sini (Ibu Pejabat FAMA), tidak pernah tidak buat sejak beberapa tahun kita di sini. Ramai bertanyakan melalui media sosial kita, akhirnya selepas masuk Fasa Empat Pelan Pemulihan Negara baru kita boleh buka (MBB),” katanya yang ditemui Bernama di sini pada Jumaat.

Abdul Rashid berkata, MBB bertujuan mengurangkan kos sara hidup penduduk di kawasan bandar selain memberi peluang kepada petani untuk menjual hasil tanaman mereka secara terus kepada pengguna pada harga mampu milik.

Iklan

Sebanyak 34 lot jualan terdiri daripada pelbagai buah-buahan, sayur-sayuran, tanaman kontan serta produk makanan ditawarkan pada Jumaat.

"MBB ini merupakan jualan sebulan sekali yang memberi peluang kepada penduduk di kawasan bandar mendapatkan bekalan makanan pada kualiti tinggi dengan harga berpatutan.

Iklan

"Program ini kita buat di seluruh negara melibatkan lebih 287 lokasi dan kita akan aktifkan balik di semua negeri,” katanya.

Menyentuh tentang prosedur operasi standard (SOP), beliau menjelaskan, petugas FAMA dan Jabatan Sukarelawan Rakyat sentiasa memantau pergerakan dan menasihati pengunjung supaya menjaga SOP ditetapkan. -Bernama