KUALA LUMPUR - Kerajaan bersetuju memberikan diskaun bayaran balik pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) bermula 1 November 2021 hingga 30 April 2022.
Menteri Kewangan, Senator Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, kemudahan itu pertamanya melibatkan diskaun 15 peratus atas baki hutang untuk penyelesaian penuh pinjaman.