Kerajaan peruntuk RM25 juta lindungi kebajikan anak yatim

Iklan
Sebanyak RM25 juta diperuntukkan kepada Yayasan Keluarga Malaysia dalam usaha melindungi kebajikan, pendidikan dan masa depan anak-anak yatim.

KUALA LUMPUR - Kerajaan akan menyediakan peruntukan berjumlah RM25 juta kepada Yayasan Keluarga Malaysia dalam usaha melindungi kebajikan, pendidikan dan masa depan anak-anak yatim.

Menteri Kewangan, Senator Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, sejak wabak Covid-19 melanda negara, lebih 4,700 anak-anak telah hilang tempat bergantung apabila ibu dan bapa mereka pergi buat selamanya akibat virus tersebut.

Iklan
Iklan

"Sebagai Keluarga Malaysia, menjadi tanggungjawab kita untuk memastikan masa depan anak-anak ini terus terjaga,” katanya ketika membentangkan Bajet 2022 di Dewan Rakyat pada Jumaat.

Mengulas lanjut, Tengku Zafrul berkata, kerajaan turut menggesa semua pihak khususnya sektor korporat untuk tampil memberikan sumbangan demi kebajikan anak-anak yatim.

Iklan

Tambahnya, semua pihak tidak kira pertubuhan bukan kerajaan (NGO), komuniti setempat, pemimpin tempatan malah syarikat korporat untuk memainkan peranan bagi memastikan kebajikan anak-anak tersebut terus terpelihara.

"Ini penting supaya semua dapat hidup bersama sebagai satu keluarga tanpa terpisah dan dapat membina masa depan yang cerah,” katanya.

Iklan