RM500 untuk imam, bilal dan siak

Iklan
Kerajaan akan melaksanakan pemberian khas sekali bayar sebanyak RM500 untuk manfaat 70,000 orang imam, bilal, siak, noja, marbut, guru takmir dan guru Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (Kafa).Gambar hiasan

KUALA LUMPUR - [DIKEMASKINI] Kerajaan akan melaksanakan pemberian khas sekali bayar sebanyak RM500 untuk manfaat 70,000 orang imam, bilal, siak, noja, marbut, guru takmir dan guru Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (KAFA).

Menteri Kewangan, Senator Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, secara keseluruhan kerajaan memperuntukkan RM1.5 bilion bagi pengurusan dan pembangunan hal ehwal Islam di bawah Jabatan Perdana Menteri.

Iklan
Iklan

Tengku Zafrul berkata, kerajaan akan terus memperkasa wakaf sebagai instrumen agihan semula kekayaan bagi pembangunan ekonomi ummah.

"Untuk melahirkan lebih ramai usahawan tani dan pengusaha industri halal serta membantu mereka sekiranya ditimpa bencana, kerajaan akan menyalurkan dana permulaan sebanyak RM10 juta bagi memulakan inisiatif Wakaf Halal Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS), Wakaf Pertanian dan Wakaf Bencana.

Iklan

"Syarikat korporat dan individu dialu-alukan untuk mewakafkan harta mereka ke dalam tabung ini,” katanya ketika membentangkan Bajet 2022 di Dewan Rakyat pada Jumaat.

Bajet 2022 yang mengangkat tema 'Keluarga Malaysia, Makmur Sejahtera' mendokong tiga paksi utama iaitu memperkukuh pemulihan, membina daya tahan dan memacu pembaharuan.

Iklan

Matlamat Bajet 2022 adalah berdasarkan tiga Fokus Induk iaitu; Rakyat Yang Sejahtera; Perniagaan Yang Berdaya Tahan; dan Ekonomi Yang Makmur dan Mampan.