AirAsia catat faktor beban 67 peratus pada suku ketiga 2021

Iklan
AOC disatukan AirAsia merekodkan faktor muatan sebanyak 67 peratus bagi suku ketiga berakhir 30 September, 2021, turun satu mata peratusan daripada tempoh yang sama tahun lepas.

KUALA LUMPUR - Sijil Pengendali Udara (AOC) disatukan AirAsia Group Bhd (AirAsia) merekodkan faktor muatan sebanyak 67 peratus bagi suku ketiga berakhir 30 September, 2021, turun satu mata peratusan daripada tempoh yang sama tahun lepas.

Dalam satu kenyataan mengenai statistik operasi awal bagi suku ketiga AirAsia yang dikeluarkan pada Jumaat, syarikat penerbangan tambang rendah itu berkata, kapasiti tempat duduknya jatuh 82 peratus tahun ke tahun pada suku yang di bawah kajian.

Iklan
Iklan

"Jumlah penumpang yang dibawa merosot kepada 351,971 daripada 1.92 juta," katanya.

Syarikat penerbangan itu menjelaskan, semasa suku di bawah kajian, AirAsia Malaysia beroperasi pada kapasiti 10 peratus dan membawa sebanyak sembilan peratus penumpang berbanding suku ketiga tahun lepas, berikutan sekatan perjalanan yang ketat dilaksanakan bagi tempoh suku ketiga 2021.

Iklan

Bagi perbandingan bulan ke bulan, ia mengesahkan bahawa AirAsia Malaysia jumlah penumpang yang dibawa pada bulan September bertambah dua kali ganda berbanding Ogos, menghasilkan 13 mata peratusan peningkatan faktor beban didorong oleh pembukaan gelembung pelancongan Langkawi mulai 16 September lepas.

"Seterusnya, rentas negeri seluruh negara dan beberapa perjalanan antarabangsa yang terhad telah dibenarkan mulai 11 Oktober yang mengakibatkan lonjakan tempahan daripada pengembara terutamanya bagi tujuan melawat rakan dan saudara mara (VFR) dan pasaran pelancongan.

Iklan

"Trend aliran menaik ini dijangka berterusan sepanjang suku keempat dan sehingga 2022 apabila berlaku kelonggaran sekatan perjalanan global,” katanya.

Disebabkan hibernasi sementara armada pesawat untuk menyokong usaha pembendungan oleh kerajaan, AirAsia Indonesia membawa sebanyak 21 peratus penumpang dengan kapasiti beroperasi sebanyak 26 peratus berbanding suku yang sama tahun lalu.

Sejak pertengahan Oktober, AirAsia Indonesia menyambung semula penerbangan secara beransur-ansur selaras dengan permintaan bermula dengan laluan Jakarta-Bali dan ia optimis mengenai kelonggaran sekatan perjalanan dalam masa terdekat ini memandangkan kadar vaksinasi penduduk terus meningkat.

Sementara itu, AirAsia Filipina mengatasi entiti syarikat penerbangan AirAsia yang lain pada suku ketiga 2021, mencatatkan prestasi tahun ke tahun dan suku ke suku yang lebih kukuh.

AirAsia Filipina menunjukkan prestasi yang kukuh pada suku ketiga 2021, merekodkan pertumbuhan 167 peratus dalam bilangan penumpang yang dibawa tahun ke tahun dan lima peratus peningkatan suku ke suku.

Faktor beban adalah positif yang berada pada 77 peratus berikutan pengurusan kapasiti aktif.

Bagi AirAsia Thailand, ia membawa empat peratus penumpang pada kapasiti lima peratus berbanding suku yang sama tahun lalu kerana penerbangan dihentikan sementara untuk sebahagian besar suku ketiga 2021 selaras dengan usaha pembendungan pandemik Covid-19 oleh kerajaan.

"Keadaan ini berubah pada pertengahan suku susulan daripada pengumuman kerajaan mengenai penyambungan semula penerbangan bermula dari 3 September apabila bilangan tempahan meningkat dengan ketara terutamanya untuk destinasi percutian popular yang mencapai faktor muatan setinggi 90 peratus,” katanya. -Bernama