KUALA LUMPUR - Bajet 2022 menyediakan peruntukan lebih RM635 juta bagi memastikan setiap warga emas yang memerlukan mendapat sokongan berterusan.
Menteri Kewangan, Senator Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, inisiatif itu dikhususkan untuk bantuan kebajikan, institusi penjagaan dan pusat aktiviti warga emas.