Tengku Zafrul minum air 11 kali ketika bentang Bajet 2022

Iklan
Tengku Zafrul dilihat minum air sebanyak 11 kali ketika membentangkan Bajet 2022 di Dewan Rakyat pada Jumaat.

SHAH ALAM - Menteri Kewangan, Senator Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz dilihat minum air sebanyak 11 kali ketika membentangkan Bajet 2022 di Dewan Rakyat pada Jumaat.

Beliau mengambil masa hampir dua jam membacakan teks ucapan setebal 83 muka surat dengan tema Keluarga Malaysia, Makmur Sejahtera.

Iklan
Iklan

Ini merupakan tahun kedua beliau membentangkan bajet. Kali pertama bersama Kerajaan Perikatan Nasional (PN) pimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin dan kini bersama kerajaan Keluarga Malaysia diterajui Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Beliau turut kelihatan segak mengenakan baju Melayu berwarna peach lengkap bersampin dan bersongkok hitam.

Iklan

Pada pembentangan itu, Tengku Zafrul membentangkan bajet berjumlah RM332.1 bilion menyaksikan nilai peruntukan tertinggi berbanding bajet-bajet sebelum ini.

Daripada jumlah tersebut, kerajaan bercadang untuk menyediakan RM233.5 bilion bagi belanja mengurus, RM75.6 bilion untuk belanja pembangunan dan RM23 bilion di bawah Kumpulan Wang Covid-19.

Iklan

Sejumlah RM2 bilion turut disediakan sebagai simpanan luar jangka.

Beliau berkata, walaupun ia merupakan bajet mengembang, defisit fiskal 2022 diunjur berkurang kepada enam peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) berbanding 6.5 peratus pada tahun 2021.