Kerajaan cadang sewakan tanah terbiar, Rizab Melayu untuk projek pertanian

Iklan
Tengku Zafrul Abdul Aziz ketika membentangkan Bajet 2022 di Parlimen pada Jumaat. - Foto Bernama

KUALA LUMPUR - Kerajaan mencadangkan untuk menyewakan tanah terbiar dan tidak dibangunkan milik kerajaan Persekutuan dan tanah Rizab Melayu bagi projek pertanian atau perniagaan.

Menteri Kewangan, Senator Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, langkah tersebut adalah bagi membantu usaha meningkatkan kawasan pertanian dan memberi peluang menjana pendapatan kepada golongan berpendapatan rendah, belia dan graduan.

Iklan
Iklan

"Sebagai pelengkap, program pembiayaan sehingga RM1.25 bilion akan disediakan oleh Agrobank dan Bank Negara Malaysia (BNM) melalui antaranya AgroFood Facility berjumlah RM500 juta dan Dana Pembiayaan Agromakanan oleh AgroBank berjumlah RM200 juta,” katanya ketika membentangkan Bajet 2022 di Dewan Rakyat pada Jumaat.

Bajet 2022 yang mengangkat tema 'Keluarga Malaysia, Makmur Sejahtera' mendukung tiga paksi utama iaitu memperkukuh pemulihan, membina daya tahan dan memacu pembaharuan.

Iklan

Matlamat Bajet 2022 adalah berdasarkan tiga fokus induk iaitu; Rakyat Yang Sejahtera, Perniagaan Yang Berdaya Tahan, dan Ekonomi Yang Makmur dan Mampan.

Iklan