KUALA LUMPUR - Kerajaan bercadang untuk memperkenalkan cukai khas secara 'one-off' kepada syarikat yang menjana pendapatan tinggi.
Menteri Kewangan, Senator Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, cukai yang diberi nama Cukai Makmur itu bertujuan bagi memastikan sistem kesihatan awam lebih berdaya tahan dalam menghadapi sebarang ancaman pada masa hadapan.
Iklan
Iklan
"Berikutan krisis pandemik Covid-19, keperluan meningkat untuk membiayai golongan rakyat yang terjejas.
"Jadi, dengan nama Cukai Makmur, syarikat dengan pendapatan bercukai sehingga RM100 juta pertama akan dikenakan cukai pendapatan pada kadar 24 peratus.
"Pendapatan bercukai selebihnya pula akan dikenakan cukai pendapatan pada kadar 33 peratus bagi tahun taksiran 2022,” katanya ketika membentangkan Bajet 2022 di Dewan Rakyat pada Jumaat.