RM20 juta untuk e-sukan bukti kerajaan cakna: ESKL

Iklan
Gambar hiasan. - Foto 123RF

KUALA LUMPUR - Peruntukan sebanyak RM20 juta untuk merancakkan pertumbuhan sukan elektronik atau e-sukan tatkala negara menuju ke fasa endemik Covid-19 membuktikan kerajaan peka terhadap usaha memperkasakan sukan itu.

Presiden Persatuan Sukan Elektronik Kuala Lumpur (ESKL), Hisham Darus berkata, peruntukan itu dapat memanfaatkan usaha pembangunan e-sukan yang semakin mendapat perhatian dalam kalangan rakyat Malaysia khususnya golongan muda.

Iklan
Iklan

"Dengan adanya peruntukan RM20 juta, ini menunjukkan bahawa kerajaan cakna (nasib e-sukan) dan jelas bahawa ini adalah perkara yang diperlukan khususnya para belia dan penggiat e-sukan di Malaysia.

"Saya harap usaha ini akan berterusan bagi memastikan penggiat e-sukan dapat terus bergiat untuk meningkatkan taraf dan juga keistimewaan diri masing-masing dalam industri sukan elektronik," katanya kepada Bernama pada Jumaat.

Iklan

Menteri Kewangan, Senator Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz ketika pembentangan Bajet 2022 di Dewan Rakyat pada Jumaat mengumumkan RM20 juta disediakan bagi pembangunan e-sukan kebangsaan termasuk RM5 juta untuk mewujudkan Pusat Kecemerlangan Sukan Dron.

Ini adalah tahun keempat berturut-turut pembangunan e-sukan diberi perhatian dalam pembentangan bajet menyaksikan kerajaan turut memperuntukkan dana RM15 juta menerusi Bajet 2021, RM20 juta (Bajet 2020) dan RM10 juta pada pembentangan Bajet 2019.

Iklan

Selain peruntukan RM20 juta, Tengku Zafrul pada pembentangan itu turut memaklumkan kerajaan bercadang untuk memberikan pengecualian cukai pendapatan ke atas wang hadiah kemenangan kejohanan e-sukan yang layak.

"Terima kasih kepada Kementerian Kewangan dan LHDN (Lembaga Hasil Dalam Negeri) yang sudi mempertimbangkan hasrat dan cadangan yang telah diperjuangkan sejak 2020," kata Hisham.- Bernama