Kerajaan pinjamkan RM500 juta kepada Felda

Iklan

SHAH ALAM - Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) menarik nafas lega selepas menerima pinjaman kewangan sebanyak RM500 juta daripada pihak kerajaan.

Felda menerusi satu kenyataan berkata, pinjaman yang disalurkan menerusi Kementerian Kewangan dan Kementerian Hal Ehwal Ekonomi itu adalah untuk membantu melunaskan bayaran tunggakan kepasa pembekal dan kontraktor Felda bagi 2008.

Iklan
Iklan

"Pembekal dan kontraktor terjejas merupakan kumpulan yang terlibat dengan pembekalan dan kerja-kerja berkaitan operasi kebun peneroka Felda seperti kerja tuai dan angkut.

ARTIKEL BERKAITAN: ‘Mana bayaran kami?’

Iklan

"Justeru, bayaran ini akan dilaksanakan secara berperingkat bermula pada minggu hadapan," katanya hari ini.

Sehubungan itu, Felda berharap selepas bayaran tunggakan tersebut selesai, ia membantu melancarkan operasi kebun peneroka sekali gus memaksimumkan hasil serta pendapatan mereka.

Iklan

"Pengurusan Felda juga sedang melaksanakan beberapa inisiatif transformasi untuk memulihkan aliran tunai bagi memastikan kelewatan bayaran tidak berlaku pada masa hadapan," jelasnya.

Baru-baru ini ratusan kontraktor yang diamanahkan mengangkut buah sawit dari ladang Felda dilaporkan berada dalam kesulitan kerana tidak menerima bayaran lebih tiga bulan.

Mereka mendedahkan, tidak mampu lagi membuat pusingan modal apabila tidak menerima bayatan sejak bulan Disember tahun lalu.