Dua wakil negara ke separuh akhir terbuka Belgium

Iklan
Ng Tze Yong

DUA wakil Malaysia berjaya layak ke separuh akhir Kejohanan Badminton Antarabangsa Belgium apabila pemain perseorangan lelaki, Ng Tze Yong, dan beregu lelaki, Man Wei Chong -Tee Kai Wun, menang dengan straight set, malam tadi.

Tze Yong terlebih dahulu mengesahkan slot ke separuh akhir selepas menewaskan pemain Perancis, Lucas Claerbout, 21-14, 21-12.

Iklan
Iklan

Man Wei-Kai Wun berjaya membalas dendam kekalahan rakan senegara, Chang Yee Jun-Yap Roy King, kepada wakil Jepun, Mahiro Kaneko-Yunosuke Kubota, dengan kemenangan 21-18, 21-16.

Walaubagaimanapun, hasrat Malaysia untuk melihat seorang lagi wakil negara ke separuh akhir tidak kesampaian, apabila beregu wanita negara Anna Cheong-Teoh Mei Xing tumpas kepada pilihan kedua kejohanan dari Scotland, Julie Macpherson-Ciara Torrance 21-15, 21-23, 19-21.

Iklan
Iklan