Disember, menghitung hari untuk kita

Iklan
Pasangan ini merancang untuk berkahwin pada akhir bulan ini. Foto Facebook Nurul Najihah.
SHAH ALAM - Nurul Najihah Mohd Radzi yang menghitung hari untuk disatukan dengan Muhammad Adib Mohd Kassim, anggota bomba yang cedera parah dalam insiden rusuhan dekat Kuil Sri Maha Mariamman, Subang Jaya pada Selasa lalu terus berharap agar tunangnya segera sembuh.

Kata-kata penuh pengharapan itu dititipkan gadis berusia 25 tahun itu menerusi posting di Facebook miliknya, lewat malam tadi.

"Disember. Menghitung hari untuk kita. Hari yang kita dua tunggu. Semoga kamu kuat. Orang tunggu kamu. Muhammad Adib," kata Nurul Najihah.

Difahamkan Nurul Najihah dan Muhammad Adib yang juga anggota dari Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Subang Jaya bakal melangsungkan majlis perkahwinan pada 26 Disember ini.

Iklan
Iklan
Iklan
Iklan


Rata-rata netizen berharap Nurul Najihah tabah mengharungi ujian itu selain turut mendoakan agar majlis perkahwinan mereka dapat diteruskan seperti yang dirancang.

Muhammad Adib yang diletakkan dalam keadaan koma di Institut Jantung Negara (IJN) sudah mulai sedar dan menunjukkan perkembangan positif pada pagi Jumaat lalu.

Sebelum ini, Ketua Pegawai Eksekutif IJN Datuk Seri Dr Mohd Azhari Yakub berkata keadaan Muhammad Adib semakin baik dan beliau mampu memberi tindak balas terhadap sesetengah arahan verbal pakar perubatan.

Bagaimanapun katanya, keadaan anggota bomba berusia 24 tahun itu masih dikategorikan kritikal tetapi stabil.

"Muhammad Adib perlu bergantung kepada mesin ECMO beberapa hari lagi untuk kita memantau keadaannya," katanya. - Mstar