BOKEO - Polis Laos berjaya melakukan rampasan dadah terbesar di Asia melibatkan 55.6 juta pil methamphetamine pada Khamis.
Dadah itu berjaya ditemui menerusi serbuan di sebuah rumah di wilayah Bokeo, susulan penahanan sebuah kenderaan yang ketika itu cuba menyeludup 10 juta pil dadah itu ke Vientiane.