PELABUHAN KLANG - Dua enjin membabitkan sebuah bot Jabatan Laut Malaysia terbakar di Jeti Jabatan Laut Malaysia, Wilayah Tengah, Jalan Limbungan Pelabuhan Klang di sini pada Sabtu.
Pengarah Bomba Selangor, Norazam Khamis berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 6.07 pagi Sabtu dan seramai sembilan anggota bomba dan jentera dari Pelabuhan Klang bergegas ke lokasi kejadian.