Nissan X-Trail 'facelift' baharu kini dibuka untuk tempahan

Iklan

EDARAN Tan Chong Motor (ETCM) mengumumkan Nissan X-Trail Facelift baharu kini dibuka untuk tempahan dan dijangka dilancarkan pada April 2019.

X-Trail Facelift baharu juga ditawarkan dengan satu varian Hybrid dan tiga pilihan Enjin Pembakaran Dalaman (ICE).

Iklan
Iklan

Enjin 2.0L (MR20DD) Hybrid dengan Twin CVTC (Continuously Variable-valve Timing Control) dipadankan dengan XTRONIC CVT (Continuously Variable Transmission), menawarkan kuasa mencecah 144PS dan tork 200Nm bersama kuasa daripada Motor Elektrik 41PS dan tork 160Nm untuk memberikan pemanduan yang mengujarkan.

Motion Activated Power Tailgate (yang diaktifkan dengan pergerakan mudah di bawah pintu belakang untuk membuka dan menutupnya)

Pada masa yang sama mengekalkan penjimatan bahan api terbaik di dalam kelasnya iaitu 16.1km/L (berdasarkan kepada mode ujian ECE R101).

Iklan

Selain varian 2.0L Hybrid baharu, X-Trail Facelift baharu juga didatangkan dalam varian berikut: 2.5L 4WD, 2.0L 2WD MID dan 2.0L 2WD. Semua varian X-Trail Facelift baharu memperoleh status Kenderaan Cekap Tenaga (EEV).

X-Trail Facelift baharu dilengkapi dengan teknologi keselamatan terkini, Nissan Intelligent Mobility untuk pemanduan pintar dan dipasang pada tiga varian iaitu 2.0 Hybrid, 2.5L 4WD dan 2.0L 2WD MID.

Iklan