Rodgers nafi dikaitkan sebagai pengganti Solskjær

Iklan
Rodgers

PENGENDALI Leicester, Brendan Rodgers menafikan dirinya mengambil alih jawatan pengurus Manchester United.

Menurut bekas pengendali Liverpool itu, tumpuannya kini hanya terarah kepada pembangunan skuad Leicester selain ingin membawa skuad The Foxes ke peringkat yang lebih tinggi.

Iklan
Iklan

"Tumpuan saya sentiasa di sini bersama Leicester dan mahu membangunkan kelab bola sepak ini ke peringkat seterusnya, di mana dapat bersaing bersama pasukan elit eropah dan untuk menjadi pencabar dalam mana-mana perlawanan.

"Semua orang di sini (Leicester), daripada Ketua Eksekutif kepada Pengarah Bola Sepak, kakitangan, pemain, semua berada di landasan yang sama dan mempunyai visi yang serupa," katanya.

Iklan

Manchester United sebelum ini menyenaraikan empat calon, termasuk bekas pengendali Liverpool, Brendan Rodgers sebagai potensi untuk menggantikan Ole Gunnar Solskjaer.

Menurut media Britain, pengurusan tertinggi Red Devils mempertimbangkan kedudukan Solskjaer selepas dimalukan 5-0 oleh Liverpool di laman sendiri, Ahad lalu.

Iklan

Mengulas lanjut Rodgers sangat gembira bersama Leicester malah berasakan dirinya bertuah kerana mempunyai pihak pengurusan yang berjaya melakukan kerja mereka dengan baik.

"Kami mempunyai fasiliti dan infrstruktur yang membenarkan kami untuk bersaing di peringkat yang lebih tinggi.

"Selagi Leicester mahu khidmat saya, saya akan kekal kerana saya gembira berada disini.

"Spekulasi dan gosip sebegini hanya akan mengganggu kestabilan pemain dan penyokong,” katanya.