Bajet 2022 bukti kerajaan prihatin kurangkan kos sara hidup rakyat

Iklan
Alexander

PUTRAJAYA - Peruntukan sebanyak RM31 bilion menerusi Bajet 2022 yang dikhususkan untuk subsidi, bantuan dan insentif kepada Keluarga Malaysia membuktikan keprihatinan kerajaan dalam mengurangkan kos sara hidup rakyat.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi dalam satu kenyataan pada Sabtu mengenai Bajet 2022 berkata, pihaknya akan memastikan semua program yang menjurus kepada meringankan kos sara hidup Keluarga Malaysia terus dilaksanakan.

Iklan
Iklan

Antara program yang diberi perhatian adalah community drumming yang melibatkan peruntukan sebanyak RM200 juta bagi membantu mengurangkan harga barang keperluan penduduk di kawasan pedalaman dan pulau-pulau, Program Penstabilan Harga Minyak Masak (RM400 juta) serta Subsidi Tepung Gandum Kegunaan Am (RM40 juta), katanya.

"KPDNHEP sedia menggalas amanah yang diberikan untuk melaksanakan bajet yang telah diperuntukkan kepada kementerian melalui pelbagai program yang sedang dan akan dijalankan,” katanya.

Iklan

Bagi merancakkan semula industri peruncitan yang terkesan ketika Perintah Kawalan Pergerakan pula, Nanta berkata kerajaan telah merangka program peningkatan jualan produk buatan Malaysia bagi membantu perusahaan kecil dan sederhana (PKS).

Penerusan beberapa program seperti Kempen Beli Barangan Malaysia, Program Jualan Malaysia, Program Francais dan Industri Jualan Langsung serta Program Keusahawanan pada tahun hadapan adalah bertujuan merancakkan industri perdagangan pengedaran serta memulih ekonomi negara. - Bernama

Iklan