Mohd Rafiq nafi Muhyiddin beri wang kepada pengundi Melaka

Iklan
Gambar yang disebarkan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab tular.

SHAH ALAM - Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Melaka, Datuk Mohd Rafiq Naizamohideen menafikan tindakan pihak tidak bertanggungjawab yang menyebarkan gambar Pengerusi Perikatan Nasional, Tan Sri Muhyiddin Yassin memberi wang kepada pengundi di Melaka.

Jelasnya, perbuatan menyebarkan fitnah itu dilakukan dengan niat jahat bagi memburukkan bekas Perdana Menteri tersebut sempena Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka yang akan tiba.

Iklan
Iklan

"Tindakan pihak tertentu yang memburukkan dan cuba menyebarkan fitnah kononnya Muhyiddin memberi wang kepada pengundi di Melaka adalah satu tindakan yang tidak bertanggungjawab.

"Mereka buat dengan niat yang jahat untuk memburukkan Muhyiddin sempena PRN Melaka yang akan tiba nanti,” katanya dalam satu rakaman audio pada Sabtu.

Iklan

Mengulas lanjut, Mohd Rafiq menjelaskan, gambar tersebut adalah ketika Muhyiddin singgah di sebuah Gerai Prihatin Rakyat anjuran pertubuhan bukan kerajaan (NGO) negeri itu.

"Beliau membantu memulangkan baki wang bernilai RM5 yang dibeli kepada penjual di gerai ini.

Iklan

"Jadi, saya harap pihak tidak bertanggungjawab harus menghentikan fitnah dan rakyat Melaka tahu menilai taktik jahat pihak tertentu ini,” ujarnya.