'Tebing runtuh ancam nyawa pengguna jalan raya'

Iklan
Keadaan runtuhan tebing yang berlaku di jalan utama dari Rendang Panjang ke Kubu Gajah mengakibatkan ia tidak selamat untuk digunakan. - Foto JBPM Perak

LARUT - Satu runtuhan tebing berhampiran Kampung Kurnia, Batu 21, Batu Kurau di sini berlaku mengakibatkan jalan utama dari Rendang Panjang ke Kubu Gajah tidak selamat untuk digunakan.

Laporan awal Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak memaklumkan, runtuhan berkenaan berlaku akibat mendapan pada jambatan di Sungai Jelutong kesan hujan lebat sejak tengah hari pada Sabtu.