BEIJING -Tanah besar China pada Jumaat melaporkan 59 kes baharu Covid-19 melibatkan penularan tempatan, menurut laporan harian Suruhanjaya Kesihatan Nasional.
Sebanyak 26 kes dilaporkan di Heilongjiang, 19 di Mongolia Dalam, 11 di Gansu, dua di Beijing, dan satu di Ningxia, lapor Agensi Berita Xinhua.