Majikan diminta pertimbang cuti tanpa rekod hari kedua Deepavali

Iklan
M Saravanan

KUALA LUMPUR - [DIKEMASKINI] Majikan swasta diharap dapat memperhalusi dan menimbangkan pemberian tambahan cuti tanpa rekod pada hari kedua Deepavali kepada pekerja yang beragama Hindu.

Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri M.Saravanan berkata, ia bagi membolehkan pekerja sektor berkenaan meluangkan lebih masa bersama keluarga kerana hari kedua perayaan itu jatuh pada Jumaat, 5 November.

Iklan
Iklan

"Selepas hari kedua perayaan Deepavali adalah hujung minggu dan ini akan memberikan lebih masa kepada pekerja untuk bersama keluarga sempena Deepavali," katanya dalam kenyataan di sini pada Sabtu.

Masyarakat Hindu akan meraikan Deepavali pada 4 November (Khamis).

Iklan
Iklan

Saravanan berkata, berkuat kuasa 2018, kerajaan memberikan kemudahan cuti tanpa rekod sehari iaitu pada hari kedua Deepavali kepada pegawai perkhidmatan awam yang beragama Hindu. -Bernama