Teknologi perubatan yang menggunakan bahan titanium merupakan salah satu produk inovasi teknologi yang berupaya meningkatkan penyelidikan dan pembangunan (R&D) di Pusat Inovasi Peranti Perubatan (MDIC) yang dirasmikan oleh Menteri Kanan Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mohamed Azmin Ali di Kulim Hi-Tech Park hari ini.
Pusat inovasi ini ditubuhkan bagi meningkatkan lagi keupayaan industri dalam menerokai inovasi baharu dalam produk peranti perubatan mengikut keperluan pasaran semasa dan akan datang.
Pusat ini juga akan menungkatkan keupayaan akses pasaran industri peranti perubatan serta mewujudkan komuniti amalan bersama dalam mengurus dan mengkomersialkan teknologi baharu. - Foto Bernama