KUALA LUMPUR - Arena sukan ragbi negara menerima perkhabaran duka apabila bekas pemain kebangsaan Mohd Rafee Md Aris meninggal dunia pada Sabtu.
Difahamkan, Allahyarham Mohd Rafee, 58, yang juga pemangku Presiden Yayasan Anti Rasuah Malaysia (YRAM) didapati tidak sedarkan diri ketika sedang bermesyuarat di Putrajaya sebelum dikejarkan ke Hospital Putrajaya dan disahkan meninggal dunia oleh doktor setibanya di hospital.