PRN Melaka: Muda letak calon anak tempatan

Iklan
Mutalib Uthman

SHAH ALAM - Ikatan Demokratik Malaysia (Muda) akan meletakkan anak tempatan sebagai calon parti itu bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka, kata Naib Presidennya, Mutalib Uthman.

"Kebanyakannya kita akan cuba meletakkan anak tempatan sebagai calon,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Sabtu.

Iklan
Iklan

Pada Rabu lalu, Muda melalui Presidennya, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman menyatakan hasrat untuk bertanding pada PRN Melaka 20 November ini.

Syed Saddiq berkata, pihaknya juga kini sedang berunding dengan Pakatan Harapan (PH) bagi meletakkan calon Muda pada PRN berkenaan.

Iklan

Mengulas lanjut, Mutalib berkata, situasi proses rundingan bersama PH kini sedang berjalan dengan agak positif.

Bagaimanapun, beliau tidak memberikan sebarang gambaran mengenai jumlah kerusi yang bakal ditandingi Muda dalam PRN tersebut.

Iklan

"Kita pun tidak ada permintaan yang spesifik (jumlah kerusi dan tempat bertanding),” ujarnya.

Mutalib memberitahu, keputusan perbincangan tersebut dijangka akan didedahkan pada hari penamaan calon.