95.5 peratus populasi dewasa lengkap divaksin

Iklan
Sebanyak 22,348,481 individu atau 95.5 peratus populasi dewasa di negara ini lengkap menerima suntikan vaksin Covid-19, setakat jam 11.59 malam Sabtu.

KUALA LUMPUR - [DIKEMAS KINI] Sebanyak 22,348,481 individu atau 95.5 peratus populasi dewasa di negara ini lengkap menerima suntikan vaksin Covid-19, setakat jam 11.59 malam Sabtu.

Berdasarkan data Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menerusi laman CovidNow, sejumlah 97.7 peratus atau 22,866,371 individu pula telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Iklan
Iklan

Selain itu, sebanyak 75,874 dos vaksin harian diberikan pada Sabtu melibatkan golongan dewasa dan remaja, menjadikan jumlah kumulatif pemberian vaksin bagi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) kini meningkat kepada 50,012,681 dos.

Bagi golongan kanak-kanak dan remaja berusia 12 hingga 17 tahun, setakat Sabtu 2,063,107 individu atau 65.5 peratus telah melengkapkan suntikan vaksin manakala 83 peratus atau 2,612,639 individu menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin menerusi PICK Remaja yang bermula sejak 8 September.

Iklan

Dalam pada itu, sejumlah 20,370 dos penggalak vaksin Covid-19 diberikan pada Sabtu menjadikan jumlah kumulatif kini sebanyak 291,409 dos. - Bernama

Iklan