Ancelotti puji aksi Vinicius

Iklan
Ancelotti. - Foto EPA

PENGENDALI Real Madrid, Carlo Ancelotti memuji aksi daripada penyerang, Vinicius Junior yang disifatkannya telah beraksi cemerlang ketika menewaskan Elche, 2-1 pada Sabtu.

Menurut Ancelotti, pemain Brazil berusia 26 tahun itu telah mempamerkan aksi menakjubkan bagi membantu kemenangan pasukan.

Iklan
Iklan

"Bagi saya dia telah beraksi dengan baik pada perlawanan ini dan ia telah membantu kemenangan kita kali ini.

"Dia kelihatan beraksi dengan penuh keyakinan dan penuh bersemangat. Jika sebelum ini, dia kelihatan agak ‘tenggelam’ tetapi kali ini dia kelihatan banyak terlibat dalam membantu asakan-asakan ke pintu gol lawan.

Iklan

"Kali ini dia turut membuktikan bahawa dia mampu menjaringkan gol dan diharapkan keadaan itu berterusan,” katanya.

Pemain Real Madrid, Vinicius Jr. (kiri) cuba melepasi kawalan pertahanan Elche, Palacios pada perlawanan berkenaan. - Foto EPA

Pada perlawanan berkenaan, Vinicius menjaringkan gol pada minit ke-22 dan min-77 manakala Elche merapatkan jurang pada minit ke-86 menerusi Pere Milla biarpun pemain tengah, Raul Guti dilayangkan kad merah pada minit ke-63.

Iklan

Kemenangan itu turut menyaksikan Real Madrid terus gah di puncak La Liga dengan 24 mata hasil 11 perlawanan manakala Elche pada kedudukan ke-15 dengan 10 mata setakat ini.

Sementara itu Ancelotti berkata, Vinicius berkemungkinan akan lebih kerap diturunkan selepas ini berdasarkan kepada aksi cemerlang yang dipamerkannya pada perlawanan berkenaan.

Bagaimanapun katanya, masih banyak yang perlu dipelajari pemain itu khususnya bagi mempertingkatkan lagi prestasinya pada perlawanan akan datang.

"Seperti telah saya katakan, Vinicius kini kelihatan yakin untuk beraksi dalam mana-mana perlawanan, namun masih banyak yang perlu dipelajarinya,” katanya.