LONDON - Kerajaan Britain mengumumkan akan menyumbang 20 juta dos vaksin Covid-19 'Oxford-AstraZeneca' kepada negara yang memerlukan menjelang akhir tahun ini sebagai sebahagian komitmen United Kingdom (UK) untuk menderma 100 juta dos vaksin.
Perdana Menteri, Boris Johnson menyeru rakan-rakan pemimpin negara G-20 untuk membantu memvaksin penduduk dunia menjelang akhir tahun depan, lapor Agensi Berita Petra memetik kenyataan kerajaan Britain pada Sabtu.