Jordan hantar pulang ekspatriat tidak divaksinasi

Iklan
Kementerian Dalam Negeri Jordan mengesahkan bahawa langkah tegas akan diambil terhadap ekspatriat yang tidak menerima dua dos vaksin Covid-19. Foto 123RF

AMMAN - Kementerian Dalam Negeri Jordan mengesahkan bahawa langkah tegas akan diambil terhadap ekspatriat yang tidak menerima dua dos vaksin Covid-19.

Dalam satu kenyataan pada Sabtu, Agensi Berita Petra melaporkan kementerian memaklumkan mulai 15 Disember, ekspatriat yang tidak divaksinasi akan dihantar pulang.

Iklan
Iklan

"Keputusan itu diambil bertujuan melindungi kesihatan awam," menurut kementerian, sambil menyatakan bahawa menggalakkan ekspatriat mendapatkan vaksin juga adalah untuk melindungi mereka daripada jangkitan pada masa depan dan menularkan penyakit itu kepada orang lain.

Ekspatriat dibenarkan mendapatkan vaksin secara percuma, tanpa perlu mengemukakan permit residen atau permit kerja. - Bernama

Iklan
Iklan