KAMPALA - Menteri Kesihatan, Uganda Ruth Aceng menggesa orang ramai supaya tidak mencampurkan vaksin Covid-19, lapor Agensi Berita Xinhua.
"Jangan campurkan vaksin Covid-19. Pastikan ada lengkap dua dos dengan menggunakan jenis vaksin yang sama," ciap Aceng pada Sabtu.
Iklan
Iklan
Uganda sedang berusaha meningkatkan kadar vaksinasi ke atas penduduknya yang berjumlah kira-kira 5.5 juta sebelum membuka sepenuhnya ekonomi pada Januari tahun depan. Keutamaan suntikan vaksinasi diberikan termasuk kepada guru, anggota keselamatan, warga emas, orang yang mempunyai komorbiditi, petugas kesihatan dan pekerja bar.
Institusi pengajian tinggi dijadualkan dibuka semula pada 1 November dan penuntut dikehendaki menunjukkan kad vaksinasi mereka sebelum dibenarkan menghadiri kelas pengajian.
Sesi persekolahan pula dijadualkan dibuka semula pada Januari selepas hampir 20 bulan ditutup.
Berdasarkan data Kementerian Kesihatan menunjukkan sehingga Khamis, lebih tiga juta dos vaksin Covid-19 telah diberikan sejak program vaksinasi bermula pada Mac tahun ini. - Bernama