KUALA LUMPUR – Harga runcit petroleum bagi RON95 dan diesel bagi tempoh 9 hingga 15 Mac masing-masing kekal RM2.08 dan RM2.18 seliter berkuat kuasa tengah malam ini.
Dalam kenyataan hari ini, Kementerian Kewangan turut memaklumkan harga runcit RON97 bagi tempoh sama naik sebanyak 3 sen daripada RM2.43 seliter kepada RM2.46 seliter.
Iklan
Iklan
Berdasarkan pengiraan dibawah Automatic Pricing Mechanism (SPM), harga runcit produk petrol RON95 dan diesel bagi tempoh berkenaan sepatutnya adalah masing-masing RM2.16 seliter dan RM2.38 seliter.
"Namun begitu, harga runcit produk petrol RON95 dan diesel bagi tempoh di atas adalah dikekalkan pada paras RM2.08 seliter dan RM2.18 seliter berikutan keputusan Jemaah Menteri untuk menyekat kenaikan harga runcit produk petroleum demi mengurangkan bebanan kewangan rakyat,” katanya.
Menurut kenyataan itu, kerajaan akan terus komited dalam melaksanakan dasar penstabilan harga runcit produk petroleum yang memberi manfaat kepada rakyat. - Bernama