Sabah FC turunkan pemain muda hadapi baki saingan Piala Malaysia

Iklan
Ong Kim Swee

SABAH FC akan mempertaruhkan barisan pemain muda untuk menghadapi baki saingan Piala Malaysia 2021, kata Ketua Jurulatihnya, Datuk Ong Kim Swee.

Kim Swee berkata, ini susulan pemain utama masih mengalami kecederaan dialami semasa perlawanan terdahulu, justeru posisi mereka akan diisi pemain-pemain muda sebagai kesebelasan utama.

Iklan
Iklan

"Mereka (pemain muda) harus bersedia mengambil kesempatan ini untuk menimba ilmu serta pengalaman bagi menghadapi persiapan perlawanan akan datang.

"Secara keseluruhan, kita sangat berpuas hati dengan mutu persembahan ditunjukkan para pemain muda ketika aksi perlawanan menentang Johor Darul Ta'zim (JDT), Jumaat lalu. Mereka telah menunjukkan prestasi sangat memberangsangkan,” katanya dalam kenyataan pada Ahad.

Iklan
Iklan

Kim Swee yakin pemain muda Sabah FC mempunyai potensi besar menjadi tumpuan pasukan lain, termasuk diambil menggalas tanggungjawab di dalam pasukan kebangsaan. - Bernama