ALOR SETAR - Mangsa banjir di Kedah yang ditempatkan di 10 pusat pemindahan sementara (PPS) di tiga daerah meningkat kepada 503 orang daripada 153 keluarga setakat petang ini berbanding 446 orang daripada 139 keluarga pada sebelah pagi.
Ketua Bahagian Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Angkatan Pertahanan Awam Malaysia Kedah, Mejar (PA) Mohd Muaz Mohd Yusof berkata, daerah Baling mencatat peningkatan 279 orang daripada 90 keluarga pada sebelah petang berbanding 234 orang daripada 80 keluarga pagi tadi.