JBPM Johor pantau fenomena air pasang besar

Iklan
Pekan Benut Pontian antara kawasan yang pernah dilanda fenomena air pasang besar sebelum ini.

JOHOR BAHRU - Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Johor mengeluarkan arahan supaya rondaan diadakan anggotanya di kawasan terbabit fenomena air pasang besar terutama di Johor Bahru, Pontian, Mersing, Kota Tinggi, Batu Pahat dan Muar.

Pengarahnya, Datuk Yahaya Madis berkata JBPM juga bersiap sedia dari segi aset dan anggota bagi memberikan bantuan kepada penduduk sekiranya berlaku banjir kesan daripada fenomena air pasang besar yang berlaku.

Iklan
Iklan

"Lanjutan daripada fenomena air pasang besar yang dijangkakan berlaku dalam tempoh empat hari mulai Khamis ini. JBPM Johor mengeluarkan arahan kesiapsiagaan dan rondaan sepanjang rempoh fenomena air pasang besar berlaku. Kesiapsiagaan ini merangkumi anggota dan aset-aset jabatan terutama untuk memberi bantuan kepada penduduk setempat sekiranya berlaku kejadian banjir yang memerlukan pemindahan penduduk.

"Pada masa sama arahan rondaan akan menumpukan ke kawasan-kawasan sepanjang persisir pantai yang mempunyai penduduk seperti di daerah Johor Bahru, Pontian, Mersing, Kota Tinggi, Batu Pahat dan Muar," katanya.

Iklan

Sebelum itu, fenomena air pasang besar dijangka melanda Kedah, Perak, Selangor dan Johor selama empat hari mulai 4 November depan.

Ketua Pengarah Jabatan Pengairan dan Saliran, Datuk Ir Nor Hisham Mohd Ghazali berkata, fenomena tersebut akan menjadi lebih buruk jika disertai angin kencang, ombak besar dan hujan lebat secara serentak.

Iklan