'Orang Melayu masih percaya DAP tunggang PH'

Iklan
Mohamad ketika bercakap dalam program Bicara Minda, di Dewan Karangkraf, di sini, hari ini. - Foto Sinar Harian/ROSLI TALIB

SHAH ALAM - PH berdepan laluan sukar dalam usaha mengalahkan UMNO di DUN Rantau kerana orang Melayu masih termakan dengan dakwaan gabungan parti itu ditunggangi DAP.

Presiden Amanah, Mohamad Sabu berkata, pihaknya akan bekerja lebih kuat dan memberikan penjelasan kepada rakyat mengenai perkara sebenar.

Iklan
Iklan

"Anggapan bahawa PH adalah barua DAP masih kuat selain pihak lawan menggunakan ayat al-Quran. Kita akan beri penjelasan dan selebihnya kita serahkan kepada rakyat untuk menentukan.

ARTIKEL BERKAITAN: PRK DUN Rantau 13 April depan

Iklan

"Oleh demikian, PH kena ambil perhatian dan perlu berjaga-jaga supaya tidak timbul persepsi yang salah. Ini kerana pihak lawan memang kerja mereka menimbulkan persepsi sebegitu," katanya dalam Bicara Minda Sinar Harian, hari ini.

PRK DUN Rantau diadakan selepas Mahkamah Persekutuan memutuskan kemenangan Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan pada PRU14 dibatalkan dan tidak sah.

Iklan

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) kelmarin mengumumkan PRK DUN Rantau akan diadakan pada 13 April manakala penamaan calon pada 30 Mac.

Ketika ditanya berkaitan kekalahan PH di DUN Semenyih, Mohamad berkata, ia berpunca daripada persepsi dibawa pihak pembangkang kepada pengundi.

"Mereka memainkan isu ekonomi, perkauman dan keagamaan juga lebih hebat," katanya.