Pelajar antara lima ditahan buat aksi 'wheelie'

Iklan
Aidi Sham

PORT DICKSON- Polis menahan lima lelaki termasuk seorang pelajar sekolah selepas dipercayai menunggang motosikal secara melulu dan berbahaya antara kilometer 14 hingga 20 di Lebuh Raya Seremban-Port Dickson arah Seremban dan Port Dickson pada Ahad.

Ketua Polis daerah Port Dickson, Superintendan Aidi Sham Mohamed berkata, penahanan mereka dilakukan oleh sepasukan polis dari bahagian risikan dan operasi Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman antara jam 1 tengah hari hingga 2.35 petang.

Iklan
Iklan

"Masing-masing berumur 17 hingga 20 tahun didapati menunggang motosikal dengan melakukan aksi mengangkat tayar hadapan (wheellie) serta meluruskan kedua-dua kaki ala superman semasa berada di atas jalan raya.

"Aksi tersebut adalah berbahaya pada diri sendiri dan pengguna jalan raya lain," katanya dalam satu kenyataan di sini pada Isnin.

Iklan

Jelasnya, sebelum tangkapan dijalankan, seorang daripada mereka dari arah Seremban ke Port Dickson manakala empat lagi dari arah Port Dickson ke Seremban.

"Semua tangkapan dan motosikal masing-masing di bawa ke Balai Trafik Port Dickson bagi siasatan lanjut dan kes disiasat dibawah Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ)1987.

Iklan

"Memandu atau menunggang dengan cara melulu dan bahaya boleh dikenakan hukuman penjara kurang lima tahun dan denda RM5,000-RM15,000 dan hilang kelayakan lesen memandu lebih lima tahun jika sabit kesalahan," katanya.