Sarawak United masih berpeluang mara

Iklan
Elavarasan percaya Sarawak United masih berpeluang untuk mara ke suku akhir Piala Malaysia musim ini. -Foto: Sarawak United FC Official

PENGENDALI Sarawak United FC, E Elavarasan menyifatkan skuad kendaliannya itu masih berpeluang untuk mara ke suku akhir Piala Malaysia biarpun tewas 0-4 kepada Kuala Lumpur City FC (KL City FC) pada Sabtu.

Menurutnya, kesemua pasukan yang beraksi dalam Kumpulan A melibatkan KL City FC, Sarawak United FC, Sri Pahang FC dan Penang FC masih berpeluang untuk mara ke suku akhir berdasarkan kepada situasi semasa.

Iklan
Iklan

Malah katanya, Sarawak United juga akan memanfaatkan peluang semasa sesi latihan pasukan dalam masa terdekat untuk kembali bangkit pada baki saingan Piala Malaysia.

"Secara keseluruhannya, saya melihat kesemua pasukan dalam Kumpulan A adalah kompetitif. Lagi pun Pahang menang semalam menewaskan Penang FC

Iklan

"Tetapi bagi saya, Penang FC pun sebenarnya masih berpeluang. Lagi pun, bagi saya tewas dalam satu perlawanan adalah perkara biasa dalam bola sepak dan ia bukannya satu perkara yang perlu diperbesar-besarkan.

"Lagi pun, setelah berehat panjang, mungkin pasukan hilang momentum dan bila kembali berlatih ada macam-macam isu timbul seperti masalah kecederaan dan sebagainya,” katanya.

Iklan

Pada perlawanan itu KL City FC menjaringkan gol menerusi Nur Shamie Iszuan Amin pada minit kesembilan dan minit ke-11 diikuti jaringan pemain gantian Christie Jayaseelan pada minit ke-55 sebelum Muhammad Zahril Azri Zabri menjaringkan gol keempat pada minit ke-60 bagi melengkapkan kemenangan skuad warga kota itu.

Kekalahan itu menyaksikan Sarawak United berada pada kedudukan kedua Kumpulan A dengan empat mata hasil satu kemenangan, seri sekali dan tewas sekali daripada tiga perlawanan setakat ini.

Sementara itu, pengendali KL City FC, Bojan Hodak menegaskan kemenangan tersebut penting bagi menyuntik semangat dalam kalangan pemain bagi mengharungi baki perlawanan pada saingan peringkat kumpulan kali ini.

Justeru, Hodak turut berharap agar para pemain akan terus fokus bagi mencatatkan keputusan-keputusan positif pada perlawanan akan datang.

"Kita juga berharap pemain akan terus fokus bagi mengharungi perlawanan-perlawanan akan datang bagi merealisasikan keputusan-keputusan positif tersebut,” katanya.