Norma baharu dalam PRN

Iklan
Pejabat Kesihatan Kepong telah mengeluarkan kompaun sebanyak RM10,000 di bawah Akta 342 kepada Barisan Nasional (BN).

SHAH ALAM - Meskipun negara mencapai 95.5 peratus populasi dewasa lengkap vaksinasi sehingga 31 Oktober, ia tidak bermakna kita telah boleh melakukan sebarang perkara dengan bebas tanpa mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan.

Kita masih lagi perlu mengamalkan norma baharu yang telah dimulakan sejak awal pandemik Covid-19 lagi memandangkan kes di negara ini masih lagi kekal berada pada tahap empat angka.

Iklan
Iklan

Begitu juga Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka yang bakal bermula pada 8 November sehingga 20 November ini, ia merupakan pertama kali dalam sejarah kerana akan dilakukan secara norma baharu.

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar dalam kenyataan melarang sebarang aktiviti, perhimpunan atau majlis sosial berkaitan pilihan raya termasuk majlis pelancaran jentera pilihan raya bermula 25 Oktober hingga 27 November 2021.

Iklan

Ini kerana, Kementerian Kesihatan Malaysia khuatir ada banyak majlis politik yang tidak mematuhi prosedur operasi standard (SOP).

Baru-baru ini, sebanyak tiga kompaun telah dikeluarkan akibat daripada parti politik yang gagal dalam mematuhi SOP yang dikeluarkan tersebut antaranya Parti Keadilan Rakyat (PKR), Parti Ikatan Demokratik Malaysia (Muda) dan UMNO.

Iklan
Pejabat Kesihatan Kepong telah mengeluarkan kompaun sebanyak RM10,000 di bawah Akta 342 kepada Barisan Nasional (BN).

PKR dan UMNO masing-masing dikenakan kompaun sebanyak RM10,000 manakala Muda dikenakan sebanyak RM4,000 selepas parti itu meneruskan program sidang akhbar yang dihadiri Presiden penaja parti itu, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman

Mengulas isu tersebut, Presiden MCA, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong berkata, semua parti politik yang terlibat dalam PRN Melaka perlu mengamalkan norma baharu semasa berkempen meraih undi bagi menyekat penularan Covid-19.

Tambah beliau, meskipun SOP sepenuhnya belum diumumkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), semua pihak perlu bersedia mengubah corak berkempen mengikut norma baharu berikutan negara masih berhadapan dengan pandemik tersebut.

Jelasnya, cara setiap parti untuk berkempen perlu berubah kerana ia tidak seperti dahulu yang mana boleh berkumpul beramai-ramai, bersentuhan antara satu sama lain.