TAIPING - Laluan arah selatan di Lebuhraya Utara Selatan berhampiran Changkat Jering ke Kuala Kangsar sesak teruk disebabkan sebuah treler rosak pada Isnin.
Kejadian di Kilometer 230.3 itu mengakibatkan lorong kiri dan kanan terhalang dan aliran trafik terhenti sepanjang tiga kilometer (km) sejak jam 6 pagi.