SHAH ALAM - Exco Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada) Selangor Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Khidir Jamil membidas UMNO dan menafikan parti itu takut untuk menggunakan logo Perikatan Nasional (PN) dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka.
Menurutnya, kenyataan Ketua Penerangan Barisan Nasional (BN) Selangor, Isham Jalil terhadap parti itu adalah tidak berasas apatah lagi menuduh Bersatu membawa agenda perpecahan undi Melayu.
Iklan
Iklan
"UMNO sudah hilang kemudi dan arah tujuan apabila sering bertukar kenyataan dan menuding jari di atas perpecahan pengundi di Melaka. Jika kita takut bawa logo PN mustahil hingga ke hari ini kita masih mampu berdiri menghidupkan pelbagai program kemasyarakatan atas nama yang sama, malah bendera PN megah terpacak di setiap sudut negeri Melaka.
"Janganlah menuding jari Bersatu sebagai sebab pecah undi Melayu pula, persoalan saya adakah UMNO masih layak menerima undi daripada Melayu kerana mereka punca berlakunya PRN Melaka ini, maka siapa punca undi Melayu pecah sebenarnya," katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.
Sebelum ini, Pengarah Pilihan Raya PN di Melaka, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dilaporkan belum memutuskan mengenai logo yang akan digunakan bagi menghadapi pilihan raya itu bermula 8 hingga 20 November ini.
Beliau yang juga Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Bersatu memaklumkan masih berbincang dengan komponen PN untuk memutuskan logo yang akan digunakan.
Artikel Berkaitan