'SMS MKN pesakit Covid-19 hubungi talian kecemasan tak masuk akal'

Iklan
Dr Lee Boon Chye

KUALA LUMPUR – Cadangan Majlis Keselamatan Negara (MKN) supaya pesakit Covid-19 yang bergejala bertambah teruk menghubungi talian 999 dikritik ahli Parlimen pembangkang.

Dr Lee Boon Chye (PH-Gopeng) berkata, cadangan itu disifatkannya sebagai tidak masuk akal oleh MKN.

Iklan
Iklan

"Cadangan daripada MKN ini, saya pasti ada input daripada Kementerian Kesihatan. Tetapi ini cadangan yang tidak masuk akal,” katanya semasa soalan tambahan dalam sesi pertanyaan jawab lisan di Dewan Rakyat pada Isnin.

Pada Ahad, beliau menyatakan menerima satu khidmat pesanan ringkas (SMS) daripada MKN yang menyatakan sekiranya pesakit Covid-19 yang positif berada di rumah, perlu memantau diri sendiri setiap hari dan sekiranya gejala bertambah teruk agar segera hubungi 999.

Iklan
Iklan

Boon Chye menegaskan, cadangan seperti ini akan membebankan panggilan kecemasan 999 dan sistem perkhidmatan ambulans.