Haris Kasim dilantik Setiausaha Kerajaan Selangor baharu

Iklan
Haris Kasim

SHAH ALAM - Pegawai Kewangan Negeri Selangor, Datuk Haris Kasim dilantik sebagai Setiausaha Kerajaan Selangor baharu berkuat kuasa pada Isnin.

Pejabat Setiausaha Kerajaan (SUK) Negeri Selangor dalam kenyataan ringkas mengucapkan tahniah atas pelantikan berkenaan.

Iklan
Iklan

"Tahniah Yang Berhormat Datuk Haris Kasim atas pelantikan sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor," kata kenyataan itu yang dimuat naik di Facebook pada Isnin.

Haris menggantikan Setiausaha Kerajaan Selangor, Datuk Nor Azmie Diron yang memulakan perkhidmatannya pada 3 Februari lalu.

Iklan

Haris sebelum ini merupakan Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) dan kemudian dilantik sebagai Datuk Bandar Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) pada 7 Januari 2019.

Haris kemudiannya dilantik sebagai Pegawai Kewangan Negeri Selangor pada 15 Mac lalu.

Iklan