Pengerusi, Pengarah Tottenham bincang status Nuno

Iklan
Nuno Espirito Santo

PENGERUSI Tottenham Hotspur, Daniel Levy mengadakan pertemuan dengan pengarah kelab itu, Fabio Paratici bagi membincangkan masa depan pengendali The Spurs, Nuno Espirito Santo selepas kelab utara London itu diaibkan Manchester United 3-0 dalam aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) di Stadium Tottenham Hotspur, London.

Menurut laporan media Britain, Levy mengadakan pertemuan itu selepas para penyokong Tottenham mula meluahkan amarah terhadap pengendali dari Portugal tersebut berikutan persembahan hambar kelab berkenaan sejak kebelakangan ini.

Iklan
Iklan

Pada perlawanan itu, Spurs tidak melakukan sebarang percubaan tepat ke atas gawang The Red Devils malah Nuno disorak penyokong-penyokong tuan rumah:"Anda tidak tahu apa yang anda lakukan." ketika mengantikan Lucas Moura dengan Steven Bergwijn.

Sementara itu, Nuno mengakui bahawa Tottenham tidak berada pada prestasi sebenar dalam perlawanan berintensiti tinggi tersebut.

Iklan

"Ya, kami memahami segala kritikan dilemparkan terhadap Tottenham Hotspur pada ketika ini, ia sebahagian daripada bola sepak apabila sesebuah pasukan tidak mencapai prestasi terbaik.

"Apabila penyokong-penyokong tidak berpuas hati, mereka akan mempamerkan ketidakpuasan hati mereka. Terpulang kepada kita untuk menerima dan memaklumkan yang kita akan melakukan yang terbaik dan meminta maaf atas prestasi hambar," kata Nuno.

Iklan

Pengendali berusia 47 tahun itu dilantik menggantikan Jose Mourinho dengan kontrak selama dua tahun pada Jun lalu selepas meletakkan penanda aras terbaik bersama Wolverhampton Wanderers selama empat musim.

Musim ini Spurs, yang juga finalis Liga Juara-Juara 2019, bergelut dalam saingan Liga Konferensi Europa yang merupakan kejuaraan tahap tiga kelab Kesatuan Bola Sepak Eropah (UEFA).

Anak buah Nuno kini berada di kedudukan ketiga di belakang Rennes dan Vitesse, selepas tiga perlawanan.