Bot nelayan karam di Pantai Cahaya Bulan

Iklan
Awak-awak yang berada di atas bot yang perlahan-lahan tenggelam di tengah lautan. **tlg crop mana yang tak perlu
KOTA BHARU – Lima awak-awak berasal dariThailand terselamat dalam kejadian bot nelayan yang karam di perairan laut kawasan Badang di sini, Jumaat lalu.

Kejadian berlaku di tiga batu nautika dari Pantai Cahaya Bulan pada jam 11.30 pagi ketika lima nelayan terbabit baru berlepas dari Pengkalan Kubur, Tumpat.

Menurut pemilik bot, Hanafi Mamat @ Ghani, 49, berkata, bot yang dinaiki lima lelaki itu berlepas menuju ke Pengkalan Tok Bali, Pasir Puteh sebelum mengalami kerosakan enjin dan perlahan-lahan tenggelam.