'Bapa lockdown Malaysia' hancurkan kewangan, hidup rakyat

Iklan
Najib

KUALA LUMPUR - Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mendakwa pelaksanaan 'lockdown' separuh masak oleh 'bapa lockdown Malaysia' menghancurkan kewangan dan kehidupan rakyat.

Najib bagaimanapun tidak menyebut secara jelas siapa 'bapa lockdown Malaysia' yang digelarnya itu.

Iklan
Iklan

Beliau turut mendakwa, 'lockdown' itu juga antara paling panjang tempohnya dalam dunia.

"Lockdown' separuh masak yang merupakan antara paling panjang tempohnya dalam dunia telah dilaksanakan bapa 'lockdown' Malaysia dari kerajaan terdahulu.

Iklan

"Ia telah menghancurkan kewangan dan kehidupan ramai tetapi kadar jangkitan serta kematian Covid-19 (tetap tinggi) berbanding saiz penduduk.

"Jumlah kematian di Malaysia adalah tertinggi di ASEAN dan antara tertinggi di dunia bagi tahun ini," katanya ketika membahaskan Rang Undang-Undang Perbekalan (Bajet) 2022 di Dewan Rakyat pada Isnin.

Iklan