Hutan Simpan Kekal di Terengganu ditutup sementara bermula 1 November

Iklan
Semua taman eko-rimba, laluan pendakian termasuk aktiviti rekreasi dalam Hutan Simpan Kekal di Terengganu ditutup sementara kepada orang ramai selama empat bulan bermula 1 November.Gambar hiasan

KUALA TERENGGANU – Semua taman eko-rimba, laluan pendakian termasuk aktiviti rekreasi dalam Hutan Simpan Kekal di Terengganu ditutup sementara kepada orang ramai selama empat bulan bermula 1 November.

Pengarah Jabatan Perhutanan Negeri Terengganu, Roslan Rani berkata, notis penutupan itu dikeluarkan berikutan musim tengkujuh dan risiko berlaku kepala air yang boleh mengancam keselamatan pengunjung.

Iklan
Iklan

"Penutupan kawasan ini bermula 1 November hingga 28 Februari depan.

"Bermula hari ini, semua aktiviti bagi tujuan rekreasi, trekking, pacuan empat roda dan sebagainya di dalam Hutan Simpan Kekal adalah tidak dibenarkan,” katanya dalam kenyataan pada Isnin.

Iklan
Iklan

Sehubungan itu, Roslan berharap orang ramai mematuhi arahan penutupan itu dan tidak melakukan aktiviti yang dilarang bagi mengelakkan berlakunya kejadian tidak diingini.