Ahmad Said, anak terlibat kemalangan

Iklan
Keadaan kenderaan dinaiki Ahmad dan anaknya yang terlibat kemalangan di Jalan Kuala Terengganu-Kuantan, Dungun pada Ahad. FOTO: Ihsan pembaca

DUNGUN - Kenderaan dinaiki Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kijal, Datuk Seri Ahmad Said bersama anaknya terlibat kemalangan di Kilometer 85, Jalan Kuala Terengganu-Kuantan, dekat persimpangan lampu isyarat Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin di sini pada Ahad.

Iklan
Iklan

Insiden yang berlaku kira-kira jam 1.30 tengah hari itu bagaimanapun hanya membabitkan kerosakan kenderaan dan tidak mengakibatkan sebarang kecederaan.

Ketua Polis Daerah Dungun, Superintendan Baharudin Abdullah berkata, kemalangan dipercayai berlaku apabila kenderaan dipandu Muhammad Asyrol Farhan, 25, yang merupakan anak Ahmad dilanggar sebuah Perodua Axia.

Iklan

Ahmad Said (kanan) ketika kenderaan dinaiki terlibat kemalangan di Jalan Kuala Terengganu-Kuantan, Dungun pada Ahad.FOTO: Ihsan pembaca.

"Punca kemalangan dipercayai berlaku apabila Perodua Axia dipandu seorang penuntut kolej wanita berusia 21 tahun tiba-tiba terlanggar bahagian belakang kereta Audi dipandu Muhammad Asyrol Farhan yang ketika itu sedang berhenti di persimpangan lampu isyarat.

Iklan

"Kedua-dua pemandu dan penumpang yang berada dalam dua kenderaan tersebut tidak mengalami kecederaan," katanya kepada pemberita di sini pada Isnin.

Beliau berkata, kes tersebut diklasifikasikan sebagai Peraturan 10 Kaedah-Kaedah Lalulintas Jalan 1959 (Rule 10 LN 166/59).