Industri Kreatif Kembali Aktif

Iklan

Juruvideo perkahwinan Welson Edwine, 35, (kiri) bersama pembantunya Al'adznan Indanan, 30, (dua, kiri) ketika bertugas merakam video potret perkahwinan pasangan pengantin baru Mohd Qazreen Nazri dan Mona Jaffree, ketika ditemui fotoBernama di Pantai Sungai Pagar hari ini.

Industri seni kreatif seperti penggiat fotografi dan videografi perkahwinan kelihatan semakin rancak sejak kerajaan membenarkan semula pengoperasian perkhidmatan itu yang pada sebelum ini agak terkesan teruk akibat pandemik COVID-19 yang melanda negara. Sehubungan dengan itu, Kerajaan memperuntukan RM288 juta untuk pelbagai inisiatif merancakkan industri kreatif melalui pembentangan Bajet 2022.

Iklan
Iklan

Menteri Komunikasi dan Multimedia Tan Sri Annuar Musa merujuk kepada pembentangan Bajet 2022 baru-baru ini berkata, pihak KKMM amat gembira apabila perhatian yang sewajarnya diberikan khususnya buat industri kreatif, capaian internet dan ekonomi digital bagi memacu pembaharuan di Malaysia.