Dua PPS dibuka di Alor Gajah akibat banjir kilat

Iklan
Alor Gajah kembali dilanda banjir kilat pada malam ini selepas hujan lebat lebih 3 jam bermula petang tadi. - Gambar hiasan

MELAKA - Alor Gajah kembali dilanda banjir kilat pada malam ini selepas hujan lebat lebih 3 jam bermula kira-kira 4.30 petang tadi.

Jurucakap Angkatan Pertahanan Awam (APM) Melaka berkata, hujan lebat berkenaan menyebabkan air sungai dan parit melimpah di kawasan yang rendah.

Iklan
Iklan

"Setakat ini dua pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka di Alor Gajah membabitkan Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Sin Wah dan Sekolah Kebangsaan (SK) Durian Tunggal.

"Ketika ini, APM sedang giat memindahkan mangsa di kawasan terjejas ke dua PPS berkenaan," katanya ketika dihubungi Bernama di sini malam ini.

Iklan
Iklan