Ketua agensi perlu ambil tindakan tegas

Iklan
Halim Ishak

SHAH ALAM - Yayasan Keperihatinan Komuniti Malaysia (MCCF) menyarankan semua ketua agensi penjawat awam bertindak tegas terhadap warga kerja dan seliaan mereka yang didapati terlibat dengan masalah disiplin serta integriti.

Pengerusi MCCF, Datuk Halim Ishak berkata, sejak kebelakangan ini, reputasi agensi-agensi penguat kuasa menjadi topik perbualan hangat di media sosial.

Iklan
Iklan

"MCCF menyarankan agar semua ketua agensi penjawat awam perlu bertindak tegas ke atas isu disiplin dan memantau warga kerja di bawah seliaan mereka,” katanya ketika dihubungi pada Isnin.

Halim bagaimanapun mengingatkan masyarakat supaya tidak menghukum semua penjawat awam dan agensi tertentu disebabkan laporan kontroversi yang disiarkan di laman Twitter dan Telegram yang dinamakan sebagai Edisi Siasat.

Iklan

Menurut beliau, sebagai satu pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan whistle blower, MCCF kini bergabung dengan Rasuah Busters dalam memperjuangkan isu-isu rasuah.

Baru-baru ini, bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan mendesak PDRM menyiasat dakwaan yang dibongkar laman Twitter terbabit.

Iklan

Pengendali laman Twitter @edisi_siasatmy itu mendedahkan pembabitan beberapa pegawai tertinggi Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang terbabit dalam rasuah dan salah guna kuasa.